Perkhidmatan Kami

Pihak kami menawarkan perkhidmatan untuk membina rumah di atas tanah sendiri dengan harga kontrak yang amat kompetitif serta mengikut budget dan kemampuan anda. Ia pastinya rumah yang anda mampu miliki. Skop perkhidmatan tersebut termasuklah :

a. membuat perancangan kepada rekabentuk rumah yang disukai oleh anda
b. mengeluarkan lukisan arkitek dan dipersetujui oleh anda
c. mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan untuk kelulusan
d. menguruskan mendapatkan pinjaman dari pihak bank tempatan atau pengeluaran KWSP
f.  menguruskan bagi mendapatkan pinjaman perbendaharaan atau pinjaman peribadi

Syarat - syarat tawaran :
a. hak milik tanah mestilah di atas nama pemohon atau suami/isteri.
b. hak milik tanah mestilah bebas daripada sebarang bebanan.
c. tanah tersebut mesti mempunyai jalan/laluan masuk yang sah.
d. kos kontrak mampu ditanggung oleh jumlah pinjaman yang diluluskan.

Pihak kami akan membina rumah anda dengan kesungguhan disamping memberikan penekanan kepada KOS YANG BERPATUTAN, KUALITI YANG MEMUASKAN DAN SIAP DALAM TEMPOH YANG DIINGINKAN. Berikut adalah contoh konsep rumah yang pihak kami tawarkan untuk anda.

Konsep Semi-D sesuai untuk rumah sewa



www.aguscwid.com - Desain Rumah Tinggal Minimalis

Konsep Tropikal

Pihak kami juga menawarkan kursus jangka pendek selama 2 hari di dalam bidang Kejuruteraa Awam dan Pengurusan Projek dengan menggunakan perisian microsoft project atau primavera kepada mereka yang menceburi industri pembinaan secara langsung.

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Kami

Jenis Pinjaman

Proses Kerja