Jenis Pinjaman

Terdapat beberapa pinjaman yang boleh pihak kami uruskan bagi memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membina rumah. Pinjaman tersebut adalah pinjaman kerajaan, pinjaman bank atau pengeluaran KWSP.

Pinjaman Kerajaan
Kakitangan Awam yang ingin memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan untuk harta/rumah yang dibeli di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak perlu berurusan dengan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia juga dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Pinjaman Perumahan.
Syarat-syarat asas:
  • Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap
  • Warganegara Malaysia
  • Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan
  • Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun
  • Telah disahkan dalam jawatan
  • Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib
  • Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam
  • Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Gadai Janji dan Insurans/Takaful pemilik rumah kediaman yang disediakan oleh Pihak Berkuasa memberi pinjaman
  • Pinjaman bersama suami dan isteri, Pinjaman ambil alih antara suami dan isteri dan Pinjaman dua nama di dalam perjanjian jual beli mestilah disertakan dengan salinan Sijil Nikah atau Pendaftaran Perkahwinan yang diakui sah oleh Ketua Jabatan.
Kelayakan Pinjaman
Kadar kelayakan ini digunapakai untuk Hakim-hakim Mahkamah Agong / Mahkamah Tinggi dan yang setaraf dengannya, Pegawai- pegawai Perkhidmatan Awam Am, Anggota Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Amaun Kelayakan Pinjaman Perumahan adalah seperti berikut:
Gaji Bulanan Hakiki (RM)
Kelayakan Pinjaman (RM)
1
6,500 dan ke atas
450,000
2
5,500 ke 6,499
420,000
3
4,500 ke 5,499
400,000
4
3,500 ke 4,499
380,000
2
3,000 ke 3,499
320,000
3
2,500 ke 2,999
280,000
4
2,000 ke 2,499
255,000
5
1,500 ke 1,999
205,000
6
1,200 ke 1,499
168,000
7
1,000 ke 1,199
130,000
8
800 ke 999
105,000
9
799 dan ke bawah
80,000

PINJAMAN BANK
Pinjaman bank adalah pinjaman bagi pelanggan yang tidak memiliki kemudahan untuk membuat pinjaman peribadi. Pinjaman ini adalah secara bercagar dan beberapa syarat yang dikenakan oleh pihak bank perlu dipatuhi. Diantara syarat-syarat yang dikenapasti adalah :
  • Pemohon mestilah telah diluluskan menjadi anggota Persatuan (bagi bank yang bersifat korperasi seperti bank persatuan).
  • Had umur maksimum pemohon. Setiap bank menetapkan had umur tertentu.
  • Had jumlah maksimum pembiayaan. Bagi bank persatuan, sesuatu permohonan adalah sebanyak RM 10,000,000.00 (Ringgit: Sepuluh Juta Sahaja) dengan tempoh maksimum pembiayaan sehingga 40 tahun.
  • Harta atau tanah yang akan dicagarkan mestilah kepunyaan pemohon sendiri.
  • Pemohon mestilah menyediakan laporan penilaian harta atau tanah yang isediakan oleh penilai bertauliah yang telah berdaftar sebagai panel penilai Bank Persatuan.

Pemohon hendaklah menyertakan dokumen seperti berikut :
  • Borang Permohonan yang telah lengkap diisi.
  • Salinan kad pengenalan yang disahkan.
  • Salinan penyata gaji terkini yang disahkan.
  • Daftar perniagaan, penyata cukai pendapatan dan penyata bank bagi pemohon yang berniaga.
  • Surat Pengesahan Jawatan oleh majikan bagi pemohon yang bekerja.
  • Salinan geran (Hakmilik) jika berkaitan.
  • Salinan Resit bayaran hasil tanah terkini dan salinan suratan hakmilik.
  • Surat Kebenaran mencagarkan tanah daripada pihak berkuasa (Jika Berkaitan).
  • Surat kebenaran pemilik bersama (Jika Berkaitan).
  • Penyata pembiayaan/pinjaman di bank lain untuk tujuan penebusan/penyelesaian (Jika Berkaitan).

PENGELUARAN KWSP UNTUK MEMBINA RUMAH
Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembinaan sebuah rumah secara individu; ATAU Pembinaan secara bersama dengan suami / isteri.
Pengeluaran untuk membina rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam atau kebakaran, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.
KELAYAKAN MEMOHON
(i) Warganegara Malaysia; ATAU
(ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian
memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
(iii) Bukan warganegara Malaysia yang;
 Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
 Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
 Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
 Ahli mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.

SYARAT-SYARAT PENGELUARAN
1. Ahli membina sebuah rumah kediaman / rumah kampung di atas tanah milik sendiri atau milik suami / isteri;
 ATAU
Suami / isteri ahli membina sebuah rumah / rumah kampung di atas tanah milik ahli;
ATAU
Ahli membina rumah panjang (bagi Sabah & Sarawak);
ATAU
Ahli membina sebuah rumah di atas tanah FELDA atau tanah milik agensi kerajaan lain yang diiktiraf, dengan syarat mendapat pengesahan
daripada agensi tersebut untuk menentukan status pemilikan tanah.
2. Pembiayaan pembinaan rumah melalui :-
(i) Pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi seperti berikut :-
 Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA)
 Kerajaan Pusat / Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
 Majikan ahli
 Koperasi / syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia)
 Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara Malaysia
 Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP;
 ATAU
(ii) Secara tunai
3. Ahli telah menandatangani Surat Perjanjian Membina Rumah tidak melebihi tiga (3) tahun dari tarikh permohonan diterima
4. Ahli tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan;
ATAU
Ahli telah membuat pengeluaran untuk membina rumah pertama dan telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membina
rumah kedua. Bukti penjualan / pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan
5. Kos membina rumah adalah amaun yang dinyatakan di dalam Surat Perjanjian Membina Rumah. Kos membeli tanah juga boleh diambil kira
dengan syarat tarikh Perjanjian Jual Beli Tanah adalah dalam tempoh dua (2) tahun dari tarikh Perjanjian Membina Rumah.
6. Ahli tidak layak memohon sekiranya :-
 Membeli tanah atau lot tapak rumah sahaja
 Mengubahsuai, membaiki / membuat kerja-kerja tambahan kepada rumah yang sedia ada.
 Mengambil pinjaman berbentuk Overdraf.
 Membina rumah ketiga.
 Membina rumah di luar negara
 Membina rumah bersama individu lain yang tiada pertalian suami-isteri.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Pengalaman Kami

Proses Kerja