Catatan

Pengenalan

NM LAND ENTEPRISE (SA0319772-A) adalah syarikat yang telah didaftarkan dibawah akta pendaftaran perniagaan 1956. Ia ditubuhkan pada 1 Disember 2014. Penubuhan syarikat ini adalah selaras dengan saranan Perdana Menteri YAB. Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak agar masyarakat Malaysia menjadi masyarakat usahawan disamping memberi peluang pekerjaan terutamanya kepada graduan muda. Bisnes utama syarikat ini adalah sebagai membina rumah di atas empunya tuan tanah serta membina rumah dan jual (pemaju perumahan).  Selain dari itu, syarikat ini juga, ada menganjurkan kursus-kursus berkaitan kejuruteraan awam dan pengurusan projek menggunakan microsoft project dan primavera khas untuk mereka yang terlibat di dalam industri pembinaan.  Walaupun ia baru ditubuhkan, beberapa strategi dan langkah-langkah yang progresif dan inovatif telah diambil bagi mengembangkan lagi perniagaan untuk menjadikan syarikat ini sebagai syarikat pemaju perumahan yang setaraf dengan syarikat pemaju perumahan yang

Pengalaman Kami

Imej
En. Nasrollah Bin Mohamad adalah pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Awam dengan Kepujian Kelas Kedua Tinggi dari Universiti Teknologi Malaysia dan Ijazah Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Air dari Universiti Putra Malaysia. Sejurus menamatkan pelajaran, beliau telah berkhidmat di dalam bidang pembinaan infrastruktur bagi pihak Kerajaan dan swasta. Beliau mempunyai 15  tahun pengalaman di dalam bidang kejuruteraan pembinaan dan mahir di dalam menggunakan Microsoft Project 2010 sebagai alat untuk pengurusan projek terutama projek yang berskala besar dan kompleks.

Perkhidmatan Kami

Imej
Pihak kami menawarkan perkhidmatan untuk membina rumah di atas tanah sendiri dengan harga kontrak yang amat kompetitif serta mengikut budget  dan kemampuan anda. Ia pastinya rumah yang anda mampu miliki. Skop perkhidmatan tersebut termasuklah : a . membuat perancangan kepada rekabentuk rumah yang disukai oleh anda b. mengeluarkan lukisan arkitek dan dipersetujui oleh anda c. mendapatkan kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan untuk kelulusan d. menguruskan mendapatkan pinjaman dari pihak bank tempatan atau pengeluaran KWSP f.  menguruskan bagi mendapatkan pinjaman perbendaharaan atau pinjaman peribadi Syarat - syarat tawaran : a. hak milik tanah mestilah di atas nama pemohon atau suami/isteri. b. hak milik tanah mestilah bebas daripada sebarang bebanan. c. tanah tersebut mesti mempunyai jalan/laluan masuk yang sah. d. kos kontrak mampu ditanggung oleh jumlah pinjaman yang diluluskan. Pihak kami akan membina rumah anda dengan kesungguhan disamping memberikan penekanan

Jenis Pinjaman

Terdapat beberapa pinjaman yang boleh pihak kami uruskan bagi memberi kemudahan kepada pelanggan untuk membina rumah. Pinjaman tersebut adalah pinjaman kerajaan, pinjaman bank atau pengeluaran KWSP. Pinjaman Kerajaan Kakitangan Awam yang ingin memohon Pinjaman Perumahan Kerajaan untuk harta/rumah yang dibeli di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak perlu berurusan dengan Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP), Perbendaharaan Malaysia, Kementerian Kewangan Malaysia juga dikenali sebagai Bahagian Pengurusan Pinjaman Perumahan. Syarat-syarat asas: Kakitangan Kerajaan berjawatan tetap Warganegara Malaysia Borang permohonan dikemukakan 1 tahun sebelum bersara/tamat perkhidmatan Berkhidmat sekurang-kurang 1 tahun Telah disahkan dalam jawatan Bukan seorang bangkrap @ siberhutang hukuman @ pemakan gaji tidak berkemampuan @ sedang dalam tindakan tatatertib Perjanjian jualbeli atau perjanjian pembinaan rumah perlu penyaksian peguam Peminjam diwajibkan mengambil Insurans/Takaful Ga

Proses Kerja

Perancangan Peringkat pertama di dalam proses pembinaan rumah adalah perancangan. NM Land menyediakan khidmat konsultasi di dalam membuat perancangan awalan. Berikut adalah proses perancangan yang diamalkan oleh NM LAND Enterprise Mengenalpasti kehendak pelanggan Membuat temujanji dengan pelanggan untuk mendapatkan makluman awal Memberikan khidmat konsultasi di dalam menentukan konsep rumah yang diinginkan berdasarkan kepada  budget  pelanggan. Memberikan nasihat kepada pelanggan, jenis pinjaman yang bersesuaian dengan kerja Mendokumenkan kehendak dan maklumat yang diberikan oleh pelanggan serta menyemak secara terperinci sebelum proses rekabentuk. Mengenalpasti sumber yang ada Melantik peguam hartanah, arkitek dan perunding lain dari kalangan syarikat tempatan Mengenalpasti pegawai kerajaan yang memberi kelulusan kepada pelan.   Rekabentuk Peringkat kedua di dalam proses pembinaan rumah adalah rekabentuk. Terdapat dua peringkat rekabentuk y