Proses Kerja
Perancangan Peringkat pertama di dalam proses pembinaan rumah adalah perancangan. NM Land menyediakan khidmat konsultasi di dalam membuat perancangan awalan. Berikut adalah proses perancangan yang diamalkan oleh NM LAND Enterprise Mengenalpasti kehendak pelanggan Membuat temujanji dengan pelanggan untuk mendapatkan makluman awal Memberikan khidmat konsultasi di dalam menentukan konsep rumah yang diinginkan berdasarkan kepada budget pelanggan. Memberikan nasihat kepada pelanggan, jenis pinjaman yang bersesuaian dengan kerja Mendokumenkan kehendak dan maklumat yang diberikan oleh pelanggan serta menyemak secara terperinci sebelum proses rekabentuk. Mengenalpasti sumber yang ada Melantik peguam hartanah, arkitek dan perunding lain dari kalangan syarikat tempatan Mengenalpasti pegawai kerajaan yang memberi kelulusan kepada pelan. Rekabentuk Peringkat kedua di dalam proses pembinaan rumah adalah rekabentuk. Terdapat dua peringka...
