Proses Kerja

Perancangan

Peringkat pertama di dalam proses pembinaan rumah adalah perancangan. NM Land menyediakan khidmat konsultasi di dalam membuat perancangan awalan. Berikut adalah proses perancangan yang diamalkan oleh NM LAND Enterprise
  • Mengenalpasti kehendak pelanggan
    • Membuat temujanji dengan pelanggan untuk mendapatkan makluman awal
    • Memberikan khidmat konsultasi di dalam menentukan konsep rumah yang diinginkan berdasarkan kepada budget pelanggan.
    • Memberikan nasihat kepada pelanggan, jenis pinjaman yang bersesuaian dengan kerja
    • Mendokumenkan kehendak dan maklumat yang diberikan oleh pelanggan serta menyemak secara terperinci sebelum proses rekabentuk.
  • Mengenalpasti sumber yang ada
    • Melantik peguam hartanah, arkitek dan perunding lain dari kalangan syarikat tempatan
    • Mengenalpasti pegawai kerajaan yang memberi kelulusan kepada pelan. 

Rekabentuk

Peringkat kedua di dalam proses pembinaan rumah adalah rekabentuk. Terdapat dua peringkat rekabentuk yang terlibat iaitu rekabentuk konsep dan rekabentuk awalan. Rekabentuk konsep adalah rekabentuk yang dihasilkan setelah kehendak pelanggan dikenalpasti manakala rekabentuk awalan pula adalah pemangunan dari rekabentuk konsep dengan mengambil kira maklumat dan keperluan teknikal. Berikut adalah proses rekabentuk yang diamalkan oleh NM LAND Enterprise :
  • Kajian Awalan
    • Kesesuaian dan keadaan tapak rumah
    • Status tanah yang ingin didirikan rumah samada ada sekatan atau tidak
    • Jalan keluar dan masuk yang sesuai
    • Lokasi bekalan utiliti seperti air, elektrik, talian telepon dan sebagainya
    • Keadaan matahari terbit dan terbenam 
  • Rekabentuk Konsep
    • Melakar rekabentuk awalan berdasarkan  kehendak pelanggan.
    • Pembentangan rekabentuk  awalan kepada pelanggan.
    • Maklumbalas daripada pelanggan berkaitan rekabentuk.
    • Semakan semula rekabentuk.
    • Rekabentuk skematik muktamad.
  • Rekabentuk Awalan

      • Pembangunan rekabentuk awalan adalah pembangunan rekabentuk konsep dengan mengambilkira maklumat dan keperluan teknikal.
      • Menghalusi rekabentuk iaitu perincian pelan lantai,ketinggian dan keratan rentas.
      • Tujuan perincian rekabentuk ini adalah bagi memudahkan pembinaan di tapak bina.


    Perolehan

    Peringkat ketiga adalah perolehan. Aktiviti yang terlibat di dalam perolehan adalah : 
    • Menguruskan pinjaman pelanggan. 
    • Mengemukakan pelan pembinaan kepada PBT untuk kelulusan.
    • Mewujudkan Bill of Quantity (BQ) bagi tujuan mengeluarkan tender kepada kontraktor.
    • Melantik kontraktor yang menawarkan harga yang munasabah serta berdaftar dengan CIDB. 


    BQ yang dihasilkan ini adalah untuk kegunaan dalaman NM LAND sahaja dan tidak akan didedahkan kepada pihak umum termasuk pelanggan kecuali mereka yang berkenaan.

    Pembinaan

    Peringkat keempat adalah pembinaan. Pembinaan akan bermula setelah pinjaman pelanggan dan pelan pembinaan diluluskan. Pembinaan akan dilaksanakan oleh pihak kontraktor dan kualiti pembinaan akan dipantau sepenuhnya oleh NM LAND. 

    Tuntutan bayaran kemajuan kerja daripada BPP/ Bank.
    • Penyediaan jadual bayaran kepada perjanjian kontrak membina rumah dan tanah milik sendiri atau yang dibeli melalui pinjaman perumahan hendaklah mengikut peringkat kesiapan seperti berikut:

    1. Apabila perjanjian selesai ditandatangani10 %
    2. Dalam tempoh dua puluh satu hari selepas peminjam menerima notis  bertulis dari kontraktor menyatakan siapnya:
    (a) Kerja-kerja asas dan pertapakan bangunan15 %
    (b) Rangka konkrit bertetulang bangunan10 %
    (c)  Dinding-dinding  bangunan tersebut berserta rangka-rangka pintu dan tingkap terpasang pada  tempatnya10 %
    d)  Memasang bumbung, pendawaian elektrik dan saluran paip(tanpa lengkapan) pada bangunan
    tersebut
    10 %
    (e) Kerja melapis dalam dan luar bangunan tersebut10 %
    (f)  Jalan, parit dan saluran najis bangunan tersebut15 %
    3. Semasa serahan pemilikan kosong dan sambungan bekalan elektrik dan air pada bangunan15 %
    4. Dipegang oleh peguamcara  sebagai Pemegang Pertaruhan untuk bayaran kepada kontraktor
    seperti berikut:
    5 %
    (a) Apabila tamat tempoh enam(6) bulan selepas serahan pemilikan kosong – (2.5%)
    b) Apabila tamat tempoh lapan belas (12) bulan selepas pemilikan kosong   (2.5%)





    Ulasan

    Catatan popular daripada blog ini

    Jenis Pinjaman

    Perkhidmatan Kami

    Pengalaman Kami