Kursus Yang Akan Dianjurkan Pada Tahun 2015

Nama Kursus - Microsoft Project 2010 (Asas)

Pengenalan Kursus.

Pengurusan Projek atau project management merupakan proses merancang, menganjur dan mengurus tugas dan sumber untuk mencapai suatu objektif di dalam suatu jangkamasa dengan sumber dan kos yang tertentu/ditetapkan. Microsoft Project adalah satu perisian yang dapat membantu di dalam mengintegrasikan pengurusan tempoh masa projek, sumber dan kos dalam satu masa. Ia merupakan pengurusan projek dimasa ini yang akan menjadikan projek anda di urus dengan lebih sistematik dengan mencapai keuntungan yang maksima. 

Objektif Kursus 

Objektif kursus ini adalah untuk memberi kefahaman mengenai bagaimana microsoft project ini, bertindak sebagai alat, membantu di dalam menguruskan tempoh projek, sumber dan kos untuk mencapai keuntungan yang maksima. Di akhir kursus ini, anda akan dapat memahami :

1.  Membina urutan kerja dengan menetapkan tempoh setiap kerja.
2.  Menghubungkan setiap kerja melalui predecessors dan
     successors.
3.  Menetapkan dan menguruskan kos serta sumber pada setiap
     kerja.
4.  Membina S-Curve untuk tujuan pemantauan samada fizikal
     atau keewangan
5.  Mengetahui samada projek tersebut untung atau rugi, cepat atau 
     lambat dan cara untuk memaksimakan keuntungan - project
     traking
6.  Plan pemulihan (recovery plan) jika projek sudah terlewat.

Siapa Yang Patut Hadir Kursus Ini.

Jabatan Kerajaan , Pelajar Kolej, Syarikat Swasta, Syarikat Korporat, Syarikat Kontraktor, Syarikat pemaju perumahan, Industri, Usahawan, lepasan sekolah, orang awam dan sesiapa yang berminat.

Kaedah Kursus.

Kuliah dan Latihan

Yuran Penyertaan.

1. RM 900.00 seorang jika mendaftarkan lebih dari tiga orang
2. RM 900.00 seorang jika pendaftaran sebelum/pada dari tarikh 
    yang akan ditetapkan.
3. RM 950.00 seorang jika bukan dari (1) dan (2) di atas.








Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Proses Kerja

Projek semasa Yang Sedang Dilaksanakan

Jenis Pinjaman